Thursday, October 13, 2011

Hampir

aku hampir jadi seperti wau putus teraju
dalam erti kata lainnya
aku hampir putus harapan
dan mahu saja berserah kepada nasib

syukur
aku masih ingat pada Tuhan
senjata yang aku ada untuk dapatkan dia kini hanyalah doa

semoga Tuhan mendengar setiap doa aku
dan perkenankan doa aku itu dengan segera
agar aku dapat hampir dengan dia yang aku cinta itu
hingga nafasku berakhir

Gila

gila?
ya, katakan saja aku ini gila
gila itu wujud bila pertama kali kita bersua
aku ini terlalu gilakan kamu
apa kamu tidak nampak?

gila aku makin menjadi-jadi
bila aku dapat tahu kau gilakan perempuan lain
dan setiap hari-hari aku menjadi bertambah gila
aku kini seperti kucing hilang anak
semua kerana kamu!

Mustahil

mampukah aku untuk menawan hatimu
dan mendapatkan kamu sebagai kekasih dan suami dalam hidup aku
serta melayari bahtera yang bahagia bersama aku
hingga ke syurga?

sudah berkali-kali aku bertanam budi pada kamu

kadang-kadang aku rasa
seperti berbalik ke langit, berbalik mudik

Hati, sila hati-hati!

hati
jangan main dengan api
nanti terbakar diri

hati

tolong berhati-hati
jangan dekat dengan duri
nanti luka lagi

hati

jangan begini
biarkan dia pergi
nanti Allah akan ganti
dengan encik yang berhati

hati

jaga diri
jangan cinta itu disalah beri
pada orang yang tak punya hati
jadikan hati itu seperti belati
yang punya kuasa saktinya tersendiri




p/s : Pesan pada DIRI, jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi, pada insan yang tak mengerti... kerana sekali kita memberi, selamanya dia di HATI. Sekali kita dilukai, sampai bila-bila tetap kita ingati. Pesan lagi pada diri, hati-hatilah memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI. HATI & PERASAAN ini hanya untuk yang MENYINTAI & MENYAYANGI kita dengan SEIKHLAS HATI ♥

Bangga?

Saya tak bangga kalau pasangan saya ada Master @ PhD pun.
Saya tak bangga kalau pasangan saya belajar di luar negara pun.
Saya tak bangga kalau pasangan saya bergaji besar pun.
Saya tak bangga kalau pasangan saya hensem sangat pun.

Tapi, saya akan BANGGA jika dia ADA AGAMA dan dia AMALKANNYA.

Habis

Jika suatu hari nanti dia pergi meninggalkan,
maka tiada yang lainnya selepas itu. 
Habis. Terhenti di situ.

Saturday, October 8, 2011

Sabar itu cantik.

Alhamdulillah... Kau turunkan ujian bagi ku.

Alhamdulillah.. Kau datangkan sahabat-sahabat yang baik menemaniku.

Alhamdulillah.. Kau tingkatkan kesabaran ku.

Alhamdulillah.. Kau pelihara kesejahteraan keluarga ku.

Alhamdulillah.. Kau beri sinar keceriaan dalam hidup ku.

Alhamdulillah.. Kau murahkan rezeki ku.


Syukur... Alhamdulillah..

 
p/s : Aku rindu kau lagi hari ni :'(

Aku rindu nak text dengan kau. Aku rindu nak cakap telefon dengan kau. Aku rindu masa gaduh gaduh dengan kau. Aku rindu dengar kau nyanyi setiap kali kita gayut. Aku rindu nak keluar sama sama dengan kau, pegang tangan kau. Aku rindu ayat ayat kau. Aku rindu masa kau marah pastu aku kena bebel. Aku rindu bila kau mengalah bila kita gaduh. Aku rindu bila kau peluk aku. Aku rindu bila kau bercakap, tiba-tiba kau menangis. Aku rindu suara gedik kau. Aku rindu nak dapat text panjang lagi dari kau :( Aku rindu bila aku tengah marah, kau gelakkan aku. Aku rindu KAU !
p/s/s : selamat untuk yang ke 2 bulannya ini. semoga kekal sampai bila-bila.