Tuesday, December 27, 2011

Tanda tanya

telah aku cuba berbagai cara
telah aku serah jiwa raga
namun masih menjadi tanda tanya 
entah apa dan untuk siapa
ingin dia serah kasih dan cintanya

aku berlari di setiap hiruk pikuk dunia
mencari di manakah jawapannya?
tapi tetap juga tiada

ingin aku tanyakan padanya
apakah salah aku mencintai dirinya?
apakah salah rasa yang aku ada?
atau cinta itu dusta semata?

apa lagi yang kurang, Tuhan?
apa lagi yang belum aku lakukan?


p/s : bila aku sudah tiada suatu hari nanti,
          jangan ditanya ke mana aku pergi.

Friday, December 23, 2011

Harapan untuk hari esok

terima kasih awak...
kerana masih menyayangi saya
terima kasih awak...
kerana masih merindui saya
terima kasih awak...
kerana masih terus berada di samping saya

walau saya tak selalu ada di sisi awak
walau waktu tak selalu ada buat kita
walau hari tak selalu indah untuk dinikmati
tapi awak masih di hati
walau terkadang mimpi tak setinggi harapan
namun kita masih menyusun gerak berdua
mengharap esok masih ada agar kita terus bahagia.

Wednesday, December 7, 2011

Cinta disebalik langit

andai benar langit itu luas
maka luaslah pintu hatiku terbuka untuk menerimamu

andai benar langit itu tinggi
maka tinggilah kasih sayang aku ke kamu

andai benar langit itu putih dan suci
maka putih dan suci cinta aku terhadapmu

andai benar langit itu teguh
maka aku akan tetap teguh dan setia menemanimu

tapi
jika suatu hari nanti langit itu runtuh
maka runtuhlah cintaku denganmu
dan aku tak akan mendongak ke langit lagi
kerana disebabkan oleh langit itu aku dihempap
sebabnya juga aku sengsara