Wednesday, April 20, 2011

Nazam untuk si anak



Nazam dimulakan dengan bismillah
 Di sudahi dengan alhamdulillah
Janganlah anak berhati gundah
Dikau diayun nazam di tambah

Dengar lah anak yang dikasihi
Bila besar jangan sombong diri
Ayah bonda mesti di hormati
Suruhan jangan kau ingkari

Dengarlah anak dalam buaian
Suruhan Allah mesti tunaikan
Agar menjadi orang beriman
Dari dunia keakhir zaman

Hai semua hadirin sekelian
Saudara mara serta jiran
Mari segera kita raikan
Majlis berbuai kita mulakan

Dikandung ibu sembilan bulan
Nasi dan air tiada tertelan
Melahirkan dikau berapa kesakitan
Serasa nak bercerai nyawa dan badan

Sebelum dikau jatuh ke lantai
dengan segera bidan mencapai
Sudah dimandikan baju dipakai
Tinggalah ibu mu lemah dan longlai

Sudah dipakaikan lalu di Qamat
Meminta doa supaya selamat
Ingatlah pesan Nabi Muhammad
Atas mengerjakan amal syariat

Jikalau dikau sudahlah besar
Nasihat ibumu hendaklah didengar
Suruhan yang baik jangan di ingkar
Itu menjadi kota dan pagar

Bilalah anak sudahlah baligh
Lima perkara sudah lah wajib
Dirikan sembahyang mengangkat tadbir
Sehari semalam janganlah mungkir

Semasa kecil dibelai di sayang
Didodoi diayun dalam buaian
Tidurlah engkau aman tenteram
Jangan menangis jangan meradang

Sedari kecil hingga dewasa
Ibu bapa sama menjaga
Tak kira malam atau pun senja
Sanggup berkorban apa sahaja

Bila mendapat ilmu yang teguh
Hendaklah diamal bersungguh sungguh
Tertutuplah pintu neraka yang tujuh
Terangalah syurga mu seperti suluh

Ibu dan bapa dengarlah tuan
Peliharalah anak serta pelajaran
Jikalau ini kita abaikan
Kita didakwa di hari kemudian

Pelajaran agama jangan abaikan
Halal dan haram ia samakan
Rugi kerana tidak diajarkan
Akhirnya anak menjadi lawan

Syair : Ibu

Ibumu sakit berbagai-bagai,
Lahirkan engkau, bidan pun capai,
Dibagi mandi terkuai kapai,
Diambil bedung dibagi pakai.

Perit letih tak pernah sudah,
Besarkan kamu amatlah payah,
Jangan lupa penat dan lelah,
Ibu mengasuh tak pernah sudah.

Jasa ibu harus dikenang,
Bukan ringgit yang nak dicanang,
Tapi kasih anak dipandang,
Tanda pengorbanan ibu menatang.

Bila pangkat sudah di tangan,
Bila berada di puncak awan,
Ibu dulu pernah berangan,
Anak dididik tak lupa daratan.

Bonda mengasuh tak pernah jemu,
Erti penat tak pernah bertamu,
Jangan derhaka pada bonda mu,
Kelak menyesal di pusara ibu.






Monday, April 11, 2011

PERNAHKAH anda menangis?





PERNAHKAH anda menangis?  


Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?  


Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.  


Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.  


Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.  


Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.  


Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:  


Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.  


Menangis kerana rasa takut.  


Menangis kerana cinta.  


Menangis kerana gembira.  


Menangis kerana menghadapi penderitaan.  


Menangis kerana terlalu sedih.  


Menangis kerana terasa hina dan lemah.  


Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.  


Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.  


Menangis orang munafik - pura-pura menangis.  


Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya: 


“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”  


Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.  


Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:  


Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.  


Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.  


Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka. 


Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Don't mind


This is the last time,
When I remember the first time,
The first of many lies,
The last time,
You fall on me for anything you like,
But your one last lie,
When you said,"I love you",
And years make everything alright,
And I, no I don't mind about that...



p/s : kau bersenang-lenang, kau bahagia TAPI aku yang sakit! habis parah, remuk, hancur bersepai semua hati aku... luruh jiwa aku!

Lagi dan lagi


...terjatuh lagi bila cuba untuk bangun...
...kehilangan lagi bila cuba untuk memiliki...
...bersedih lagi bila cuba untuk gembira...
...terlepas lagi bila cuba untuk tahan...



p/s : ahhhhhh, aku dah penat!

Thursday, April 7, 2011

Apa rasa jadi...




nak tahu apa rasa jadi Zafirah?
cubalah hidup seorang diri tanpa arah

nak tahu apa rasa jadi Zafirah?
cubalah pakai aksesori warna merah

nak tahu apa rasa jadi Zafirah?
cubalah pakai baju yang ditarah

nak tahu apa rasa jadi Zafirah?
cubalah rasa jadi anak yang tengah

nak tahu apa rasa jadi Zafirah?
cubalah jadi stalker tegar sampai hati bernanah

nak tahu apa rasa jadi Zafirah?
cubalah minat karaoke sampai suara jadi parah

nak tahu apa rasa jadi Zafirah?
cubalah cintakan orang sampai semuanya mahu diserah

nak tahu apa rasa jadi Zafirah?
cubalah hidup macam orang yang tak bermaruah

nak tahu apa rasa jadi Zafirah?
cubalah bercita-cita untuk jadi pensyarah

nak tahu apa rasa jadi Zafirah?
cubalah untuk buat orang marah

nak tahu apa rasa jadi Zafirah?
cubalah cari hati orang untuk dipanah

nak tahu apa rasa jadi Zafirah?
cubalah rasa hati seperti dimamah-mamah

nak tahu apa rasa jadi Zafirah?
cubalah buat hati sendiri berdarah


nak tahu apa rasa jadi Zafirah?
cubalah tunggu bulan jatuh ke tanah

nak tahu apa rasa jadi Zafirah?


pejamlah mata
bayangkanlah

Monday, April 4, 2011

Reben syahdu merah jambu

Reben syahdu merah jambu
azam padu yang sabar
bagi wanita yang tiba-tiba
luka tercabar.
Tangan, mata dan hatinya
berikhtiar mencari—
cuba mendakap kerlip
bahagia yang abadi.
Reben syahdu merah jambu
sayang tak bertara
sering ditanya apa
yang belum sempat digugah.
Terkadang langsir manja
melambai hajat yang ranum
terlupa ditafsir sebagai
pelamin yang harum.
Reben syahdu merah jambu
kasih di puncak rasa,
yang disunting rahsia
kuntum hayat di dalamnya.
Kehidupan menyimpan
taman seni tersembunyi
elok diselongkar
sesabar dan segigih diri.
Reben syahdu merah jambu
rindu hajat mulia
awal tangga akhir pintu
yang sakti iktibarnya.
Embun malam disusuli
kabus gunung yang wangi
kini ditemani tindak
berani yang kersani.
Reben syahdu merah jambu
hasrat qalbu yang ramah
membayang kesyahduan tasik
hidup yang dicita.
Memang hanya kita yang
wajar tekun melakar
bagi merai kehidupan
kasih yang sebenar.

klik sini

Suatu pernah

habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...

dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.

terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.

takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.






* klik sini




p/s : Ya Allah, bukakan pintu hati dia untuk menerima aku sebagai teman hidupnya buat selama-lamanya... Amin.

Doa dan harapan

Ketika aku memohon kekuatan pada Allah, Dia memberiku kesulitan agar aku kuat.
Ketika aku memohon kebijaksanaan, Allah memberiku masalah untuk ku pecahkan. 
Ketika aku memohon kesejahteraan, Allah memberiku akal untuk berfikir.
Ketika aku memohon keberanian, Allah memberiku bahaya untuk ku atasi.
Ketika aku memohon sebuah cinta, Allah memberiku orang-orang bermasalah untuk ku tolong.

Allah tidak selalu memberikan apa yang aku minta, tetapi Allah selalu memberikan apa yang aku perlukan.

Semoga aku kuat menghadapi kesulitan. Semoga aku menjadi bijaksana dalam memecahkan masalah. Semoga aku boleh berfikir untuk memperoleh kesejahteraan. Semoga aku memiliki keberanian untuk mengatasi bahaya yang datang. Semoga aku dapat menolong orang-orang yang memerlukan bantuanku.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih



Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah, 

Satukan lah hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.






"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."






p/s : semoga semuanya akan menjadi kenyataan. amin.

Sunday, April 3, 2011

Sakit aku


untuk apa yang telah aku laku hari ini

untuk penyesalan yang tak mampu aku ungkapkan lagi
untuk bukan aku tanpa aku sedar
untuk perlakuan tanpa hati


aku tidak tahu aku punya dendam


dan untuk aku hari ini--

semua salah engkau.




" cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. parut yang lama pasti akan sembuh selagi iman terselit di dada... "







Saturday, April 2, 2011

Got to go

This time I'm gonna live my life
I ain't no stepford wife
No I ain't perfect
Gonna find somebody who's worth it


And no you ain't that person
Coz i caught you constantly flirtin'
With my best friend



So I guess I'll say goodbye
I'll find me another guy

Why (why why why)
You always makin' me
Cry (cry cry cry)


No I can't stand it
No you can't be my man
It don't matter who you are
Even if you were a star
You've got to go
(Go go go go go go)



Read my lips I'm leavin'
And no no I ain't teasin'
This time it's for real
Gotta find you another girl
Coz this one sure ain't stayin
By the time you finish what you're sayin'
I'll be gone








Friday, April 1, 2011

Aku Rindu

pandangan manja
renungan mata yang menggoda
sentuhan pada jejari mulus
pelukan hangat
kucupan bibir
itu semua aku rindu


rindu pada engkau
rindu dengan seluruh tubuh kecil engkau
dalam jiwa aku cuma engkau yang bertakhta
dan cuma engkau yang aku sanjung


pertemuan kali pertama itu
masih segar dalam ingatan aku
masih aku rindu
aku harap aku dapat bertemu dengan kau setiap waktu
dan aku berharap agar aku dapat merasakan setiap tingkah laku yang telah engkau lakukan pada aku dulu


tolonglah...
jangan kau pergi tinggalkan aku
jangan pernah kau lupakan aku
aku tak sanggup kehilangan kau




Zafirah Ahmad
30 March 2011







p/s : nak lagi! nak lagi! =(