Friday, September 30, 2011

4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya, dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & saum? menutup aurat? pengetahuan agama?  Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya, bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas, kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat)

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak-anak lelaki, sayangilah ibumu. Nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa kerana ibu juga insan biasa tak lepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari menjadi ‘kayu api’ neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya)

Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/ suami/ abang atau anak lelaki harus memainkan peranan mereka.  

Firman Allah S.W.T; “Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu.”

Monday, September 19, 2011

My love

Even though I dislike spring,
but I love the blooming flowers...

Even though I dislike summer,
but I love the falling rain... 
Even though I dislike autumn,
but I love the falling leaves...

Even though I dislike winter,
but I love the falling snow...

Even though I dislike the world,
but I love only you, sweetheart!
 
p/s : Love is all that I can give to you. Love is more than just a game for two. Two in love can make it. Take my heart and please don't break it.  Love was made for me and you!  I love you... I like how you make me feel lucky to be who I am now. (:

Friday, September 16, 2011

Ketika wanita menangis

Ketika wanita menangis,
itu bukan bererti dia sedang mengeluarkan senjata terampuhnya,
melainkan bererti dia sedang mengeluarkan senjata terakhirnya.

Ketika wanita menangis,
itu bukan bererti dia tidak berusaha menahannya,
melainkan kerana pertahanannya sedih tak mampu lagi membendung air matanya.

Ketika wanita menangis,
itu bukan kerana dia ingin terlihat lemah,
melainkan kerana dia sudah tidak sanggup berpura-pura kuat.

p/s : kadang kala menangis juga boleh membuatkan diri kita merasa puas dan mengubat luka di hati.

Monday, September 12, 2011

Aku yang akan kau kahwini adalah wanita biasa

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...
Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih... Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa,yang sangat jauh dari sempurna.

Kerananya ku ingin kau tahu,
aku bukan wanita yang sempurna,
aku begitu banyak kekurangan.

Maka ketahuilah...
Kepadamu yang akan memilihku kelak...

Aku tak sebijak bunda Khadijah,
kerananya ku ingin kau tahu,
aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan.

Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,
jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah,
kerana bagiku kaulah pemimpinku,
tak akan berani ku membangkang padamu...



Duhai kau yang telah memilihku kelak...
Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek.
Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur,
menyiapkan makan untuk kau dan anak-anak kita nanti
–insya’Allah-

Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap.
Atau kerana seharian ku harus membenahi istana kecil kita,
agar kau dan anak-anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.

Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja...
maka tegurlah aku, dan khabarkan padaku dengan lemah lembut dan bijaksana...


Ataukah kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu,
bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa,
tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,
aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga anak kecil kita yang sedang sakit,
dan ku tahu kau letih mencari rezeki untuk kami,
maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu...

Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
maka tetaplah tersenyum padaku,
kerana kau adalah kekuatanku...



Padamu yang menjadi nakhoda dalam hidupku kelak...
Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah,
ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,
menangis dan tak terkawal,
bukan kerana ku membangkang padamu,
tapi aku hanya wanita biasa,
aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku,
tempat untuk melepaskan penatku,
dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu,
atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,

maka bersabarlah,
yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu...
Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku...





Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan
memukul pelan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya.

Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya,
tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.

Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kita,
tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku,
tegurlah aku dengan hikmah,
kerana dengan itu ku tahu kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian,
dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita,
dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya,
dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi...





Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak...
Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah..

Maka jangan pernah bosan mengajariku,
membimbingku ke arah-Nya,
walau terkadang aku begitu bebal dan bodoh,
tapi jangan pernah letih mengajariku...

Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk
bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih...

Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah...
Bimbing tanganku ke JannahNya,
agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.



Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...
Seiring berjalannya waktu,
kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
akan menipis dan memutih.
Kulitku yang bersih akan mulai kereput.
Tanganku yang halus akan menjadi kasar.
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik,
yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu..

Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu...
Maka jangan pernah berpaling dariku...
Kerana satu yang tak pernah berubah,
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,
iaitu rasa cintaku padamu...

Ketahuilah...
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya,
telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu...

Maka, cintailah aku,
dengan apa adanya aku...
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna...

Maafkan aku kerana aku bukan puteri...
Aku hanya wanita biasa...
terimalah aku apa adanya dan bimbinglah aku menuju jalanNya...
semoga kita bisa sama-sama bahagia...

p/s : To my future hubby. I love you so much! ;)

Wednesday, September 7, 2011

Biasa

dah selalu aku merasa seperti ini
bercinta separuh nyawa tapi ku mati
dah terlalu biasa
dah terlalu biasa seperti ini

apa lagi yang perlu aku lakukan
bila semua telah aku laksanakan
tetap tak mencukupi

telah aku bagi seluruh jiwa ini
ku koyakkan ku jahitkan terus ke hati

namun tak pernah cukup untuk dia
dia kata aku ini tak sempurna
seperti perempuan itu yang dia mahu
yang dia mahu tetap dalam hati itu

aku seperti sudah begitu sakit hati
terjadi lagi setiap kali
telah ku bagi hati yang telah aku kunci pada dia yang pernah kata mahu janji

bila aku kepungkan diri aku dia katakan "bukakan diri itu"
bila aku hunuskan pedang dia tarik dulu
dia kata dia tetap mahu aku
dia tetap mahu cinta aku

asyik-asyik aku merasa disampahkan
sedangkan selama ini ku bagikan berlian
ku bagikan setiap apa yang ku ada
ku bagikan setiap yang diminta
tetap tak sempurna

bagaimana perlu aku lakukan lagi
bila pula ku ini tidak pernah memenuhi jiwanya

aku tak tahu lagi
aku tak tahu lagi
aku tak tahu lagi
katanya

mahu apa ku bikin untuk dia
perlukah aku melutut dan meminta-minta?
ku mahukan engkau tetap di hati
perlukah engkau untuk pergi?

takkan ada sesiapa yang mencintai engkau
sebagaimana aku memegang engkau

sampai bila hendak kau main lari-lari lagi
sampai bila?
apakah sampai aku jadi mati?

setiap kali aku lihatkan semua orang
tetap kau hargakan mereka yang terbilang
sedangkan ku bagi setiap rasa hati ini

kau memang lelaki seperti binatang
yang menjadikan aku perempuan jalang
engkau tak harus hidup
malam ini kau akan ku kecup

kau bunuh aku di dalam diri
kau biarkan aku mati
apa kau fikir aku akan biar kau pergi
aku akan ikut kau berjalan
sampai kau mati

sampai kau mati