Sunday, January 23, 2011

Perkara yang perlu & jangan dilakukan sebelum tidur



Cara sebaiknya jika nak tidur...

1. Jangan tidur bersama jam tangan. Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda.

2. Jangan tidur dengan telefon bimbit. Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada diantara kita menggunakannya sebagai alat penggera. Para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan.

3. Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat. Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau dimana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.

4. Jangan tidur dengan coli. Bagi perempuan pula, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara melalui kajian yang dijalankan oleh saintis Amerika. Memakai bra melebihi 12 jam adalah berisiko.

5. Jangan tidur dengan seluar dalam. Bagi lelaki pula, tidak elok memakai seluar dalam ketika tidur. Seeloknya pakai la 'boxer' yang longgar dan selesa. Sayangilah Mr Z anda.

6. Jangan tidur tanpa seurat benang. Hal ini juga penting kerana jika pada ketika anda tidur berlaku sebarang kemalangan/kecemasan bukankah ia memudaratkan anda?


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wuduk sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan dibawah pipi.


p/s : Moga kita dapat mengamalkan perkara yang baik-baik sahaja dalam hidup ini.

Thursday, January 6, 2011

Adab menuntut ilmu

Menuntut ilmu adalah sangat dianjurkan oleh agama Islam sama ada ilmu fardu ain atau pun ilmu fardu kifayah, kedua-duanya adalah penting bagi setiap insan untuk bahagia di dunia dan di akhirat. Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Alaq ayat 1-4 yang bermaksud :
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang maha pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan Qalam”.
Ayat di atas adalah ayat pertama yang diturunkan di dalam al-Quran memerintahkan supaya membaca. Membaca di sini adalah bermaksud menuntut ilmu. Justeru itu, bagaimana pula dengan adab-adab ketika kita belajar ? Di sini terdapat beberapa perkara berkaitan adab ketika belajar, kebaikan dan keburukan mengabaikannya. Antaranya ialah :
Adab-adab Ketika Belajar
  • Membaca Doa Penerang Hati
  • Duduk dengan sopan
  • Mendengar penerangan guru dengan teliti
  • Berlumba-lumba untuk belajar
  • Sabar ketika belajar
  • Sentiasa mengulangkaji pelajaran
  • Menghormati guru anda
  • Mendisiplinkan diri
Kebaikan Menuruti Adab-adab Ketika Belajar
  • Mendapat keberkatan daripada Allah SWT
  • Anda akan disenangi guru dan rakan
  • Mudah memahami dan menerima ilmu yang diajar
Akibat Mengabaikan Adab Ketika Belajar
  • Tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT
  • Dibenci oleh guru dan rakan anda
  • Sukar memahami dan menerima ilmu yang diajar.
Dengan ini, kita hendaklah mengamalkan budaya menuntut ilmu dengan mengikuti segala adab-adab yang telah digariskan supaya ianya dapat menyemai cintakan ilmu di dalam diri kita. Dengan mengamalkan adab-adab tersebut, insyaallah kita akan menjadi pelajar cemerlang yang disayangi guru dan rakan serta mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.



Monday, December 13, 2010

Merayap-rayap cari CD game!

hari ni penat sangat... mula² pergi Bukit Bintang semata-mata nak cari CD game untuk PC... (maklum la dekat rumah takde Play Station!) hmm, jenuh juga nak cari CD Crazy Taxi. sebenarnya aku rindu nak main game tu... dulu dah ada pun CD tu kat rumah. tapi malangnya CD tu hilang pula masa bagi pinjam kat sepupu. (T_T) dah merata tempat aku pergi, macam² kedai dah aku masuk tapi masih tak jumpa! bengang + geram aku jadinya. boleh jadi GILA! kebanyakkan kedai yang aku pergi tu hanya ada banyak CD game "The Sims". rasa macam nak melalak je aku tadi.  dah alang² sampai kat Sungei Wang, Bukit Bintang aku beli la baju. dah la penat! lepas pergi Bukit Bintang, aku singgah la kejap kat Mutiara Mall, Jalan Ipoh. sepupu aku teringin nak main bowling. so, apa lagi, bawa la juga diaorang pergi main bowling. hilang la kejap mood  aku yang "bengang + geram" tu. bila habis je main bowling, aku pun masuk la kedai² yang ada jual CD game. tapi apakan daya, aku masih tak jumpa CD game Crazy Taxi tu. hmm, sabar je la. tapi aku masih tak puas hati, aku teruskan perjalanan aku ke OTK. kawan² aku cakap kat situ pun ada banyak CD game untuk PC. sampai je OTK, aku pun apa lagi, terus la cari CD game tu! tapi takde juga! datang balik mood "bengang + geram" aku tu. takpe la, lain kali je la aku cari memandangkan aku dah teramat PENAT!


bayangkan la, dari Sentul -> Titiwangsa -> Bukit Bintang -> Titiwangsa -> Sentul -> Jalan Ipoh -> Sentul = PENAT! =.='

ni semua sebab nak cari CD game Crazy Taxi tu...




KALAU KORANG TERJUMPA CD GAME NI KAT SEKITAR KUALA LUMPUR, TOLONG LA INFORM KAT AKU DENGAN SEGERA. 
PLEASE! >.<


p/s : sabar itu separuh daripada iman =(

Wednesday, December 1, 2010

Aku untuk dirimu





dirimu terlalu bererti
kerana dirimu yang ku cintai
kerana dirimu yang ku sayangi
hatimu tak pantas untuk disakiti


aku rela berkorban buat dirimu
aku sanggup mati demi dirimu
aku akan berjuang untuk mempertahankan dirimu
aku akan sentiasa melindungi dirimu


biarlah aku beralah
biarlah aku mengalah
biarlah aku yang salah
demi cinta ku yang terlalu indah




                                                                                                                                                                                                        
                                                                                                          


Kau & Aku




kau adalah sebutir mutiara
manakala aku cuma sekeping kaca
kau lebih berharga
sedangkan aku tiada nilainya


walaupun aku hanyalah sekeping kaca yang terpancar
aku tak bisa menandingi kau yang bersinar
kau terlalu indah
aku pula teramat hodoh


kau lebih disanjung tinggi
aku hanya layak dihempas dan dikeji
beza antara kita jauh sekali
ibarat langit dengan bumi