Sunday, July 3, 2011

Mahu mencintai?

mencintai mu adalah kebahagian ku
membenci mu adalah kesengsaraan ku
deritamu adalah deritaku
kebahagianmu adalah kebahagianku
tiada apa-apa yang mampu ku ungkap selain
AKU MENCINTAIMU SAYANG...
kenapa engkau tidak mengerti tentang perasaan ku?

aku menyukaimu dengan "RASA" bukan dengan "KATA" dan aku mencintaimu dengan "TULUS" bukan dengan "KEPALSUAN"

 

seindah bunga sedamai kalbu

 

 

 

Wednesday, June 29, 2011

Andai lelaki tahu

Andai lelaki tahu... 
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.   



Andai lelaki tahu... 

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.   



Andai lelaki tahu...

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.   



Andai lelaki tahu...

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.   



Andai lelaki tahu...

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.   



Andai lelaki tahu...

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang... tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.   


Andai lelaki tahu...

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.   



Andai lelaki tahu...

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.   



Andai lelaki tahu...

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.   



Andai lelaki tahu...

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.  



Andai lelaki tahu...

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.   



Andai lelaki tahu...

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.   



Andai lelaki tahu...

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.




p/s : aku harap "dia" baca dan memahami apa yang aku maksudkan/ sampaikan pada dia selama ini.

Thursday, June 23, 2011

Pergi




sekali lagi
kau bilang kau mahu pergi
sekali lagi
kau biarkan aku mati
sekali lagi
kau biarkan aku tanpa perasaan
apa kau fikir aku ni haiwan?
tak pernahkah kau tahu betapa aku rindu
apakah kau peduli
apa yang aku tahu
sampai hati kau pergi
sampai hati kau biarkan aku mati!

perasaan yang terlalu menakutkan
perasaan yang terlalu menyeramkan;
aku ditinggal di tepi jalan
aku ditinggal tanpa rakan dan taulan
celakanya perasaan ini
ku fikirkan aku tak akan peduli kau pergi

kau memang lelaki yang harus mati
sampai hati kau biarkan aku begini;
berseorang diri

ini;
bukan yang biasa
ini;
cinta yang ada lainnya
tapi kau tidak pernah merasa
apa yang ku rasa
kau panggil aku gila
bila kau bilang
kau hendak pergi
sampai hati engkau biar ku mati
berapa kali kau laku begini
berapa kali
berapa kali
dan di setiapnya aku tak peduli
bila engkau mengambil pisau
dan menjadi duri di dalam hati ini
biarkan engkau begitu
membuat aku seperti itu

bagaimana hendak aku ceritakan pada semua insan
bila benda yang terjadi pada aku ini;
sudah biasa
sudah biasa diperhatikan
tapi kita
tetap masih mahu menjadi manusia yang bodoh itu
menanti dan menanti
si dia yang bangang itu
mengapa kita biarkan hati ini
kepergian
tersendiri

pesan pada diri ku
jangan jatuh
jangan jatuh
jangan jatuh
jangan jatuh
jangan jatuh
jangan jatuh
jangan jatuh




p/s : seperti kebiasaannya, Fynn Jamal memang selalu mengerti aku. (:

Thursday, June 2, 2011

Puisi perempuan curang

Ini puisi tentang hati
Lagu perempuan yang curang,
Hey curang itu aku
Lagu perempuan yang curang,
Perempuan itu aku

Jangan salahkan aku

Kamu yang tidak reti menjaga aku
Jangan salahkan aku
Aku merpati, di sana tempatku

Ini lagu perempuan curang

Curang-curang itu aku
Ini lagu perempuan jalang
Jalang itu aku

Sebenarnya kalau kau nak salahkan aku

Kau patut fikir kenapa aku laku begitu
Kau tak reti menjaga hati ini
Kau tidak pandai menjaga jiwaku ini sayangku
Kalau kau maukan aku
Kau tau bagaimana untuk meleburkan aku

Aku ini perempuan yang seumpama harimau garang

Rau Rau
Aku ini perempuan yang hanya akan engkau harus pandai menjagaku, sayang

Ini lagu perempuan curang

Curang itu aku
Ini lagu-lagu curang
Lagu-lagu curang itu milik aku

Milik aku

Bila curang, semua salahkan aku
Bila curang, semua salahkan "perempuan itu"
Bila curang, tak ada orang katakan "lelaki itu bodoh"
Bila curang, tak ada orang katakan "siapa suruh kau tak jaga"

Hey gadis-gadis di luar sana

Jika ada jejaka yang menjaga kau tapi tidak menjaga:
Lari saja lari saja lari saja
Hey gadis-gadis di luar sana

Dengarkan kata ku ini:

Kamu lebih tinggi lebih tinggi
Ini lagu perempuan curang
Ini lagu perempuan yang engkau panggilkan jalang

Fikirkan kenapa ku ini begini

Fikirkan kenapa ku ingin berlari

Salahkan diri kau sendiri, sayang

Aku tak pernah ingin jadi begini
Salahkan dirimu, sayang

Kenapa tak kejar ketika ku lari

Ini lagu perempuan-perempuan curang
Tapi jangan salahku
Salahku bukannya sayang



Saturday, May 28, 2011

Rindu


  
dah banyak kali aku hendak ceritakan tentang rindu yang aku ada;
di dalam perasaan
dah lama ingin aku pergi pada dia dan berkata;
aku rindukan dia
dah lama aku nak pergi kepada dirimu yang asyik memandang dia;
seperti kekasihnya itu
sepertinya aku ini seorang yang tidak pernahnya wujud padamu

apakah yang mampu aku ceritakan 
yang aku ada cuma perasaan 
melihatkan dia jauh di sana 
apa yang ku ada 
rindu yang tak berharta

sepertinya dia tak pernah perasan
wujudnya aku;
aku ini bukan haiwan
lihatkan aku
lihatkan aku
tapi bukan sebagai kawan-kawan dan teman

aku mau dipandang seperti perempuan itu
aku ingin dipandang seperti si jelita itu
tapi yang engkau pandangkan cuma aku yang belum;
tak mampu

ini; memang lagu biasa
dah banyak kali
bukan yang pertama
semua orang bercerita tentang rindukan gila
tapi tak pernah dipandang
tapi tak pernah ada
di masa gila

sampai bila
kita nak duduk sini
dan minta dia perhati
sampai bila hendak menyanyi
dia tetap tak sudi
sampai bila-- 

yang selamanya tetap tidak

dia tetap terbang tinggi di atas langit sana
tetap menari di laut sana
kita di sini seperti orang gila
menari-nari untuk si di
a

memang celaka menjadi orang seperti aku
mahukan dia yang tidak pernah mahukan aku
merindukan dia yang tidak pernahnya rindu 
untuk apa aku menjadi seperti aku

sepertinya kita tidak tahu apa yang patut
sepertinya kita buat tersinggul-singgul
kita pun harapkan dia pandang kita
hey dengar takkanlah ke mana~

sepertinya aku tidak pernah dihidupkan
sepertinya aku tak punya perasaan
sepertinya aku dipersetan persetan
apakah aku tak cukup jelita?
apakah aku tak cukup berharga?
lihatkan aku bertelanjang dihadapanmu
lihatkan aku
lihatkan jiwa di dalam ini sayang

wahai kekasih
lihatkan aku
aku terlalu rindu
aku terlalu rindu
aku terlalu rindu
aku terlalu rindu

dengan bersendirian
sepertinya aku tak pernah ada di depan matamu
sepertinya kita tak pernah bersama
ah terlupa
ada benarnya juga

aku sekadar mahu dia rindu
aku sekadar mahu dia perasan
aku cuma mahu dia ada hidup bersamaku

rinduuu
aaaa~
aku rindu pada dia yang tidak mahu
aku kata aku rindu pada dia itu
aaaa~




  
p/s : Fynn Jamal sepertinya selalu memahami aku.