Friday, August 5, 2011

Yang ke tujuh belas.







Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu... Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah... Namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini... aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini... aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahim. Dalam usia meniti senja ini... aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik. Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin... pimpinlah tangan hambaMu ini... pimpinlah hati hambaMu ini... pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim... berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.



antara ucapan² yang menarik aku terima dalam facebook. haha.




p/s : SELAMAT MENITI HARI TUA BUAT DIRIKU. 
p/s/s : TERIMA KASIH KEPADA YANG MEMBERI UCAPAN DAN MENDOAKAN SEGALA KEBAIKAN  UNTUK AKU! :)

Wednesday, July 13, 2011

Wanita gagah itu sebegini

jangan pernah mengalah untuk jadi gagah
walaupun pada zahir lemah
dan jiwa rapuh
tapi semangat tidak boleh kalah
keazaman jangan lumpuh
bangkit demi merawat luka di hati yang parah
agar bisa kembali sembuh

Sunday, July 10, 2011

Ai nak Yu

Ai dah bagi tahu
Yu buat tak tahu

Yu cuma senyum dan diam membisu
Ai tak faham erti senyuman Yu itu

Adakah Yu setuju?
Atau Yu tak mahu?

Ai nakkan jawapan
Tapi Yu masih simpan

Sampai bila Ai nak tunggu
Yu asyik macam tu...

Takkan Yu tak lihat?
Ai dah banyak kali bagi "green light"

Tolonglah percaya
Ai akan sentiasa berkorban apa saja
yang penting Yu dengan Ai bahagia bersama

PLEASE!

Yu jangan lah pergi
Ai tak mahu pejam hati lagi

Sunday, July 3, 2011

Berbicara tentang c.i.n.t.a

Tuhan menjadikan kita berbeza-beza
tapi Tuhan jadikan cinta supaya kita bersatu
wanita jangan dibilang dia cantik
tapi bilang dia sangat cantik

wanita dijadikan atas nama cinta
kalau kita cari, pasti jumpa
tapi jumpa yang macam mana?
kita yang buat pilihan

keindahan wanita tak siapa yang tahu
tapi yang pasti dia tetap indah
penantian ini pasti akan membuahkan hasil
cinta tak datang kalau tak dicari

Mahu mencintai?

mencintai mu adalah kebahagian ku
membenci mu adalah kesengsaraan ku
deritamu adalah deritaku
kebahagianmu adalah kebahagianku
tiada apa-apa yang mampu ku ungkap selain
AKU MENCINTAIMU SAYANG...
kenapa engkau tidak mengerti tentang perasaan ku?

aku menyukaimu dengan "RASA" bukan dengan "KATA" dan aku mencintaimu dengan "TULUS" bukan dengan "KEPALSUAN"

 

seindah bunga sedamai kalbu