hati
jangan main dengan api
nanti terbakar diri
hati
tolong berhati-hati
jangan dekat dengan duri
nanti luka lagi
hati
jangan begini
biarkan dia pergi
nanti Allah akan ganti
dengan encik yang berhati
hati
jaga diri
jangan cinta itu disalah beri
pada orang yang tak punya hati
jadikan hati itu seperti belati
yang punya kuasa saktinya tersendiri
p/s : Pesan pada DIRI, jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi, pada insan yang tak mengerti... kerana sekali kita memberi, selamanya dia di HATI. Sekali kita dilukai, sampai bila-bila tetap kita ingati. Pesan lagi pada diri, hati-hatilah memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI. HATI & PERASAAN ini hanya untuk yang MENYINTAI & MENYAYANGI kita dengan SEIKHLAS HATI ♥
Thursday, October 13, 2011
Bangga?
Saya tak bangga kalau pasangan saya ada Master @ PhD pun.
Saya tak bangga kalau pasangan saya belajar di luar negara pun.
Saya tak bangga kalau pasangan saya bergaji besar pun.
Saya tak bangga kalau pasangan saya hensem sangat pun.
Tapi, saya akan BANGGA jika dia ADA AGAMA dan dia AMALKANNYA.
Habis
Jika suatu hari nanti dia pergi meninggalkan,
maka tiada yang lainnya selepas itu.
Habis. Terhenti di situ.
maka tiada yang lainnya selepas itu.
Habis. Terhenti di situ.
Saturday, October 8, 2011
Sabar itu cantik.
Alhamdulillah... Kau turunkan ujian bagi ku.
Alhamdulillah.. Kau datangkan sahabat-sahabat yang baik menemaniku.
Alhamdulillah.. Kau tingkatkan kesabaran ku.
Alhamdulillah.. Kau pelihara kesejahteraan keluarga ku.
Alhamdulillah.. Kau beri sinar keceriaan dalam hidup ku.
Alhamdulillah.. Kau murahkan rezeki ku.
Syukur... Alhamdulillah..
p/s : Aku rindu kau lagi hari ni :'(
p/s : Aku rindu kau lagi hari ni :'(
Aku rindu nak text dengan kau. Aku rindu nak cakap telefon dengan kau. Aku rindu masa gaduh gaduh dengan kau. Aku rindu dengar kau nyanyi setiap kali kita gayut. Aku rindu nak keluar sama sama dengan kau, pegang tangan kau. Aku rindu ayat ayat kau. Aku rindu masa kau marah pastu aku kena bebel. Aku rindu bila kau mengalah bila kita gaduh. Aku rindu bila kau peluk aku. Aku rindu bila kau bercakap, tiba-tiba kau menangis. Aku rindu suara gedik kau. Aku rindu nak dapat text panjang lagi dari kau :( Aku rindu bila aku tengah marah, kau gelakkan aku. Aku rindu KAU !
p/s/s : selamat untuk yang ke 2 bulannya ini. semoga kekal sampai bila-bila.
Friday, September 30, 2011
4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya, dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & saum? menutup aurat? pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya, bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
(p/s; Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas, kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat)
4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak-anak lelaki, sayangilah ibumu. Nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa kerana ibu juga insan biasa tak lepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari menjadi ‘kayu api’ neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya)
Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/ suami/ abang atau anak lelaki harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T; “Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu.”
Subscribe to:
Posts (Atom)