di kala malam menyepi
hujan mencurah membasahi bumi
aku duduk di kamar bersendiri
ingin ku lepaskan rindu yang menghimpit diri
tidak ku sedari
masa berlalu seperti berlari
kelam malam menyelubungi diri
aku di sini masih tetap menanti
berharap moga dirimu dapat mengubat hati
yang dalam kerinduan ini
hadirlah wahai insan yang ku kasihi
aku amat memerlukanmu ketika ini
aku inginkan dirimu menemani ku di sini
tergamakkah dirimu membiarkan ku sebegini?
duhai kekasih hati yang dicintai
aku ingin kau fahami dan mengerti
bahawa aku di sini teramat sunyi
p/s : belum tentu apa yang kita suka itu terbaik untuk kita dan belum tentu apa yang kita benci itu adalah terburuk untuk kita. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri kita.

No comments:
Post a Comment