terlalu rapuh
senang untuk patah
mudah untuk hancur
hati...
ibarat kaca
bila dihempas ke lantai
ia akan pecah
ia juga akan berderai
aku...
terlalu mudah untuk menyukai
terlalu mudah untuk mencintai
terlalu mudah untuk menyayangi
kerana aku punya sekeping hati
aku...
jangan dikecewakan
jangan dihampakan
kerana aku senang untuk menangis
hati aku mudah terluka
tapi sukar untuk sembuh
tolong...
jangan musnahkan harapanku
jangan musnahkan impianku
kerana aku manusia
yang sanggup menelan kedukaan
tidak kuat untuk menanggung keperitan
jika...
engkau hancurkan hatiku
engkau musnahkan diriku
itu bererti engkau seorang yang dayus
engkau terlalu kejam
yang tidak punya hati dan perasaan
andai...
engkau tidak boleh menjaga hati serta diriku
kau tikam sahaja aku
cincang aku sehingga lumat
bakar aku hidup-hidup
jangan kau dera hatiku
jangan kau siksa hatiku
biar aku mati tak berkebumi
biar jasad aku terbujur kaku
aku rela...
Zafirah Ahmad
27 Februari 2011
p/s : jaga hati orang.

No comments:
Post a Comment