dah selalu aku merasa seperti ini
bercinta separuh nyawa tapi ku mati
dah terlalu biasa
dah terlalu biasa seperti ini
apa lagi yang perlu aku lakukan
bila semua telah aku laksanakan
tetap tak mencukupi
telah aku bagi seluruh jiwa ini
ku koyakkan ku jahitkan terus ke hati
namun tak pernah cukup untuk dia
dia kata aku ini tak sempurna
seperti perempuan itu yang dia mahu
yang dia mahu tetap dalam hati itu
aku seperti sudah begitu sakit hati
terjadi lagi setiap kali
telah ku bagi hati yang telah aku kunci pada dia yang pernah kata mahu janji
bila aku kepungkan diri aku dia katakan "bukakan diri itu"
bila aku hunuskan pedang dia tarik dulu
dia kata dia tetap mahu aku
dia tetap mahu cinta aku
asyik-asyik aku merasa disampahkan
sedangkan selama ini ku bagikan berlian
ku bagikan setiap apa yang ku ada
ku bagikan setiap yang diminta
tetap tak sempurna
bagaimana perlu aku lakukan lagi
bila pula ku ini tidak pernah memenuhi jiwanya
aku tak tahu lagi
aku tak tahu lagi
aku tak tahu lagi
katanya
mahu apa ku bikin untuk dia
perlukah aku melutut dan meminta-minta?
ku mahukan engkau tetap di hati
perlukah engkau untuk pergi?
takkan ada sesiapa yang mencintai engkau
sebagaimana aku memegang engkau
sampai bila hendak kau main lari-lari lagi
sampai bila?
apakah sampai aku jadi mati?
setiap kali aku lihatkan semua orang
tetap kau hargakan mereka yang terbilang
sedangkan ku bagi setiap rasa hati ini
kau memang lelaki seperti binatang
yang menjadikan aku perempuan jalang
engkau tak harus hidup
malam ini kau akan ku kecup
kau bunuh aku di dalam diri
kau biarkan aku mati
apa kau fikir aku akan biar kau pergi
aku akan ikut kau berjalan
sampai kau mati
sampai kau mati
No comments:
Post a Comment