Wednesday, November 23, 2011

Merindukanmu

terdiam seketika 
tak tahu mahu buat apa 
terduduk termenung
tangan di hati
mata ke langit
air mata mula menitik
aku tersedu sendiri
dan itu tandanya rindu aku padamu 

entah harus bagaimana untuk aku luahkan
entah pada apa hendak aku pautkan
entah perlu apa untuk aku leraikan
rindu yang membebani seluruh jiwa aku


detik demi detik
hari berganti hari
aku tetap tunggu hadirmu
semoga denganmu nanti
rindu itu pergi meninggalkan jiwa aku


p/s : rindu dakapan dulu. 
p/s/s : sabar itu cantik.

No comments: