Balas surat sahabat pena anda itu dengan menerangkan juga usaha-usaha membendung masalah itu. (karangan perlu lebih daripada 350 patah perkataan)
Dinda,
No. ***A, Setapak,
Kuala Lumpur.
14 Februari 2011.
Azlina,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu saudari tentang masalah pembuangan bayi di tempat saya. Masalah ini semakin berleluasa. Kebanyakkan yang terlibat dalam kes ini ialah anak-anak remaja yang berusia dari 15 tahun hingga 20 tahun. Kes ini semakin membimbangkan kerana mereka yang terlibat ialah dalam kalangan pelajar sekolah dan pelajar institusi pengajian tinggi. Mereka masih belum matang dan tiada hala tuju yang tetap.
Masalah ini disebabkan oleh kurangnya didikan agama. Selaian itu, masalah sebegini juga berpunca daripada tekanan atau masalah dalam diri remaja tersebut yang mendorong untuk melakukan hubungan seks bebas tanpa mengira hukum serta undang-undang Islam. Lebih memalukan, kebanyakan remaja yang terlibat ialah beragama Islam. Mereka seperti tidak tahu tentang ajaran Islam yang melarang umat Islam dari melakukan maksiat walhal dalam al-Quran juga ada menyebut supaya hindari diri dari zina dan maksiat. Ibu bapa sepatutnya memberi didikan awal tentang hukum-hukum Islam ketika mereka masih kecil agar mereka tidak terlibat dalam kes sebegini. Benarlah kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya" kerana apabila mereka sudah meningkat dewasa, mereka sukar untuk mendengar nasihat orang tua.
Tambahan pula, iba bapa hendaklah melarang anak gadis mereka untuk keluar rumah pada waktu malam. Hal ini dapat mengelakan diri mereka dari melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Pergaulan antara lelaki dan juga perempuan perlulah ada batas-batas tertentu.
Di dada akhbar kini banyak masalah pembuangan bayi. Ada di antara mereka yang membuang bayi dengan cara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan seperti mencampakkan bayi yang baru dilahirkan ke dalam sungai, membuangnya di dalam tong sampah, meletakkan bayi tersebut ke dalam longkang malah ada juga yang membunuh bayi dengan menikam, membakar dan sebagainya. Mereka seperti tidak ada rasa bersalah dan tidak berasa kasihan terhadap bayi yang tidak berdosa itu. Hal sebegini membimbangkan kerana peratusan pembuangan bayi dari hari ke hari semakin meningkat dan dikhuatiri jika masalah ini terus berlarutan tanpa ada perbendungan.
Dalam kes pembuangan bayi ini, kerajaan Malaysia telah membelanjakan wang yang banyak untuk menubuhkan tempat perlindungan bayi dan pusat pemulihan akhlak bagi remaja yang terlibat dalam kes ini. Kini, terdapat sebuah sekolah khas yang ditubuhkan di Melaka iaitu Sekolah Harapan di mana pelajar di bawah umur yang masih bersekolah dapat melanjutkan pelajaran mereka sehingga tamat. Dengan adanya sekolah itu, maka mereka yang terlibat dalam kancah ini dapat meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik dan dapat sinar harapan baru. Saya harap agar masalah ini tidak akan berleluasa dan berlarutan lagi.
Setakat ini sahaja surat saya pada kali ini. Jika ada kelapangan masa, saya akan berutus surat lagi pada saudari.
Sekian.
Sahabatmu,
Dinda.
(465 patah perkataan)
idea-idea yang jelas dan matang.



No comments:
Post a Comment