Saturday, March 19, 2011

Parasit yang membunuh

dulu,
saat kau perlu
aku sentiasa ada
kelam kabut juga
bila kau mula mendesak
minta itu ini
tapi ada aku kisah?
semua kerana
aku setia pada cinta
juga kau yang sudah ku anggap
saudara


saat ini,
saat aku perlukan kau kau dan kau
ada kau ada untuk aku?`


t.i.a.d.a


malah kau buat muka
ada juga yang beri berjuta alasan
aku angguk dan diam
tunduk ke bumi sambil berlalu pergi
membilang jari
siapa lagi yang masih peduli


hampa


kau kau dan kau terus hilang
telefon pun mungkin sudah di buang


di belakangku
mungkin kau kau dan kau
buat muka yang menjengkelkan
mungkin kau lupa
aku pernah ada
masa kau susah


aku diam
tak apa lah
tidak juga mahu mengeluh
cuma kecewa


kini,
tiba musim pesta buih
kau datang dengan senyum
mempelawaku sama
menikmati bau wangi sabun


ya lah
aku mengerti
ini memang permainan dunia


manusia manusia
yang tak punya perasaan
pada katak yang duduk
di bawah tempurung di tepi jalan








sahabat dan juga kekasih
gelaran itu
-- tiada erti

memang aku patut sendiri



* klik sini


p/s :  bodohnya kau!

No comments: